Back to Recipe Print

Recipe for "Terung Goreng Masak Kicap"


Tips

1. Jangan guna banyak minyak.

2. Terung jangan digoreng terlalu lama.

Ingredients

Terung Panjang 2 biji
Cili Kisar 1 sudu
Bawang Besar Sebiji
Bawang Putih Seulas
Ikan Bilis Sedikit sahaja mengikut anggaran sendiri
Kicap Masin Sedikit sahaja mengikut anggaran sendiri
Minyak Untuk menumis

Instructions

1

Panaskan minyak dan goreng terung sehingga naik bau dan warna kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2

Goreng ikan bilis dan ketepikan.
**Jika tidak suka ikan bilis yang digoreng, masukkan sahaja semasa menumis bawang dan cili.

3

Tumiskan bawang putih yang telah dipenyekkan bersama bawang besar dan cili kisar. Tumis sehingga garing.

4

Masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan masukkan juga terung goreng tadi.

5

Masukkan kicap masin dan sedia dihidangkan. Tidak perlu garam kerana kita menggunakan kicap masin.