Back to Recipe Print

Recipe for "Bergedil Tuna"


Tips

Jika menggunakan kentang putih, ia hendaklah digoreng kerana tekstur kentang putih yang lembik. Kentang kuning boleh direbus seperti dalam resepi kerana ia lebih padat.

Ingredients

Kentang Kuning 4 biji
Ikan Tuna 1 tin
Bawang Goreng 2 cmb
Daun Sup 1 cmb
Serbuk Lada Hitam 1 cmt
Telur 1 biji
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Potong kecil kentang & rebus hingga empuk bersama sedikit garam. Toskan.

2

Lecek kentang bersama tuna. Gaul rata.

3

Masukkan bawang goreng, daun sup, garam & serbuk lada hitam.

4

Kepal bulat & leperkan adunan kentang.

5

Celup dalam telur yang telah dipukul bersama sedikit garam.

6

Goreng hingga salutan telur keperangan. Balikkan dengan berhati-hati kerana bergedil mudah pecah.

7

Angkat & toskan.