Back to Recipe Print

Recipe for "Sotong Masak Hitam"


Tips

Masak menggunakan sotong katak lebih sedap, warnanya lebih hitam kerana dakwat sotong katak lebih banyak.
Penggunaan ketumbar, lengkuas dan serai sangat penting dalam masakan ini.
Yang gemar menumis, bawang, cili dan bawang putih boleh ditumis sebelum memasukkan sotong.
Memasukkan cili potong pada akhir massaskan memberikan bau wangi.
Yang ingin pedas, boleh tambah cili padi.

Ingredients

Sotong Saiz Sederhana, Simpan Dakwat Sotong 5 ekor
Halia Sebesar ibu jari
Lengkuas Sebesar ibu jari
Serai Dititik 2 batang
Serbuk Ketumbar Setengah sudu makan
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Bawang Putih Dikisar 1 sudu makan
Cili Kering Direbus Dan Dikisar (Optional) 1 sudu makan
Bawang Besar Dipotong Bulat 2 biji
Cili Hijau/merah 2 tangkai
Cili Padi (Optional) 5 biji
Minyak Secukupnya
Garam Secukupnya
Air (Jika Ingin Lebih Kuah) Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan sotong, dipotong ikut citarasa masing-masing.

2

Simpan dakwat sotong ketika membersihkannya. Ini yang memberikan warna hitam dan rasa lemak pada masakan.

3

Sediakan sotong, dakwat, serai, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, bawang putih dan cili kering yang telah dikisar, lengkuas dan halia dalam mangkuk.

4

Pecahkan dakwat sotong, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk tadi.

5

Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah digaulkan tadi, bawang yang dipotong bulat dan cili merah/hijau/padi.

6

Masak hingga sotong kecut. Sotong akan keluarkan air, tambah air jika ingin lebih kuah. Perasakan dengan garam. Siap!