Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Cheese Kukus"


Tips

Tujuan balut atas loyang tu dengan aluminium foil tu untuk elakkan daripada air menitik ke atas kek semasa kukus.

Ingredients

Cream Cheese (Tak Kisah Brand Apa) 150g
Tepung Kastard 10g
Tepung Gandum 60g
Telur (Asingkan Putih Dan Kuning) 4 biji
Whipping Cream 100ml
Gula 70 gram
Mentega 40 gram
Perahan Lemon 1 sudu
Esen Vanila 1 sudu kecil

Instructions

1

Campurkan cream cheese, separuh kuantiti gula dan mentega. Adunkan sehingga agak hancur dan lembut.

2

Putarkan kuning telur sehingga berbuih dan masukkan ke dalam adunan cream cheese, gula dan mentega tadi sehingga sebati. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil putarkan sehingga sebati.

3

Masukkan tepung castard sambil putarkan. Apabila semuanya sebati, masukkan pula perahan lemon, esen vanila serta whipping cream sambil putarkan sehingga sebati semuanya. Di dalam bekas adunan yang lain, putar putih telur hingga agak berbuih dan kemudian baru masukkan baki gula.

4

Putar sehingga putih telur menjadi meringue dan pastikan betul2 kembang dan kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan menggunakan spatula.

5

Alas loyang kek dengan menggunakan kertas minya dan tuangkan semua adunan ke dalamnya kemudian balut atas loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 40minit hingga 1jam.

6

Tengok kek selepas 40 minit dan cucuk dengan pisau. Kalau tak melekat, boleh padamkan api. Kalau masih melekat cuba biarkan selama 10 minit lagi. Selepas api ditutup, perlu biarkan kek selama 10 minit dalam pengukus sebelum dikeluarkan.

7

Biarkan kek sehingga sejuk baru keluarkan daripada loyang. Kemudian terpulang kepada masing-masing untuk hiaskan dengan apa. Macam saya, saya salutkan dengan cream cheese yang diadun dengan susu sejat dan susu lemak manis. Selamat mencuba.