Back to Recipe Print

Recipe for "Ketam Telur Masin"


Tips

guna majerin untuk menumis menggantikan minyak masak untuk rasa yang lebih sedap.

Ingredients

Telur Masin 5 biji
Ketam 5 ekor
Majerin 5 sudu
Tepung Jagung 1 cawan
Daun Kari 2 tangkai
Susu Cair 1/2 cawan
Air Asam Jawa 2 sudu
Lada Sulah 2 sudu
Bahan Yang Dicincang
Bawan Merah 3 ulas
Bawang Putih 7 ulas
Bahan Yang Dipotong
Cili Kering 7 tangkai
Cili Padi 5 tangkai

Instructions

1

Buang kulit dan bersihkan ketam (ketam boleh dipotong dua atau dibiarkan sahaja).

2

Kemudian lumur ketam dengan tepung jagung dan lada sulah.

3

Goreng hingga kekuning-kuningan dan toskan.

4

Panaskan kuali dan masukkan majerin

5

Tunggu sehingga majerin cair dan masukkan lada kering dengan daun kari.

6

Masukkan bahan yang telah dicincang dan goreng sehingga naik bau.

7

Masukkan telur masin dan kacau sehingga telur hancur sekata.

8

Selepas itu, masukkan susu cair, garam, gula dan air asam jawa. Kacau sehingga masak(berbuih).

9

Akhir sekali, masukkan ketam yang telah digoreng dan kacau rata.
Siap untuk dihidang =)