Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Pari Grill"


Tips

Kalau nak lebih terasa bahan perapan tu dalam ikan atau apa2 yang kita perap untuk dimasak, sila perap 1-3jam. Nak satu hari pun boleh (:

Ingredients

Ikan Pari Kerat kecil jadi 3 seperti dalam gambar
Bahan Perapan (Di Blend)
Bawang Besar 1biji
Bawang Putih 2 ulas
Halia 1/2 inci
Kunyit Hidup 1/3 inci
Serai Setangkai
Lengkuas 1/2 inci
Cili Kering 4 tangkai
Cili Padi Merah 2 tangkai
Tumisan
Bawang Merah 2 biji
Minyak Masak Satu sudu besar
Minyak Bijan Satu sudu kecil

Instructions

1

Perap ikan pari selama 30 minit. Nak lama lagi pun boleh.

2

Untuk lebihan bahan perapan, boleh la di guna pakai semula untuk buat cicah dengan ikan pari grill tadi.

3

Setelah 30 minit perap ikan, grill atas pan grill. Saya grill tanpa minyak. Jika nampak kering tambah la minyak sedikit supaya tidak melekat

4

Grill sehingga garing atau sudah nampak masak. Setelah itu angkat dan asingkan. Pan tadi boleh diguna semula untuk bahan lebihan perapan.

5

Pan yang masih panas, letak sedikit minyak dan sedikit minyak bijan. Setelah itu mulakan menggoreng bahan perapan & Letak la sedikit gula dan garam.

6

Goreng sehingga garing dan nampak merah. Angkat dan satu kan keatas ikan pari grill. Boleh letak topping seperti cili merah, daun bawang dll.