Back to Recipe Print

Recipe for "Cream Puff"


Tips

Jarakkan setiap puff, kerana ia akan mengembang sewaktu dibakar

Ingredients

Puff
Air 1 cawan
Mentega Or Marjerin 1/2 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Garam Secubit
Telur 3 biji
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Sos Kastard
Susu Cair Or Susu Tepung 1 cawan
Tepung Kastard 1 sudu besar
Telur 1 biji
Gula 1 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Instructions

Untuk membuat puff

1

Dalam periuk masukkan air dan mentega, panaskan sehingga mentega larut. tutup api.

2

Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga tepung menjadi doh dan tidak melekat pada periuk. Keluarkan.

3

Dalam bekas lain, doh tadi masuk sebiji demi sebiji telur dan kacau sehingga sebati sehingga semua habis.

4

Masukkan esen vanilla, kacau sebati sehingga likat.

5

Setelah selesai masukkan bahan PUFF tadi ke dalam piping beg, dan picit kan ke atas dulang pembakar yang telah dioles

6

Masukkan ke dalam oven, dalam suhu 200c selama 20minit, atau setelah kelihatan perang dan mengembang

Untuk membuat sos kastard

1

Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sehingga likat.

Proses penyediaan cream puff

1

Setelah puff masak, belah di tengah puff separuh sahaja dan picit kan cream kastard di lubang tersebut menggunakan piping beg.