Back to Recipe Print

Recipe for "Pais Daging"


Tips

Pastikan daun pisang membungkus pais daging dengan baik bagi mengelakkan jus daging keluar kerana jus daging akan membantu memasak daging tersebut di samping mengekalkan kelembapan.

Ingredients

Daging Cincang 300g
Air Asam Jawa 1/4 cawan
Santan 1 cawan
Daun Kunyit 1 helai
Gula Dan Garam Secukup rasa
Daun Pisang Dilayurkan 20 cm lebar
Pencungkil Gigi/ Lidi Kecil Secukupnya
Bahan Dikisar Tanpa Air
Cili Kering 10 tangkai
Halia 1 inchi
Bawang Merah 3 labu
Bawang Putih 1 ulas
Serai 1 batang
Lengkuas 1 inchi
Kunyit Hidup 1/2 inchi

Instructions

1

Gaulkan bersama daging cincang, air asam jawa, santan, daun kunyit yang ditumbuk halus, gula dan garam bersama bahan yang telah dikisar.

2

Bungkuskan pais daging tersebut ke dalam daun pisang sebanyak 1/2 senduk bagi setiap daun pisang. Matikan hujung pisang dengan lidi pencucuk.

3

Bakarkan di dalam kuali ajaib atau boleh digrill sehingga masak.