Back to Recipe Print

Recipe for "Rendang Daging Myra"


Tips

Ketumbar,jintan manis dan jintan putih perlulah disangar dahulu dan dikisar kering.Rempah ini diletakkan bagi membangkitkan lagi aroma wangi dan rasa yang sedap pada rendang.

Ingredients

Daging Batang Pinang 2 kilo
Bawang Besar 4 biji
Bawang Putih 4 ulas
Halia Dan Kunyit Hidup I inci setiap satu
Lengkuas 1 inci
Cili Giling 1 senduk bulat
Serai 1 batang
Serai Dititik 1 batang
Jintan Putih 1 sudu besar
Jintan Manis 1 sudu besar
Ketumbar 1 sudu besar
Kerisik 2 sudu besar
Santan Pekat 1 cawan
Air Sedikit
Garam Dan Gula Merah Secukup rasa
Daun Kunyit 3 tangkai dihiris nipis
Daun Limau Kasturi 2 helai

Instructions

1

Cuci bersih daging ,tos kan airnya,ketepikan.
sementara itu kisar bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,kunyit,ketumbar,jintan manis dan putih.

2

Titikkan serai,panaskan minyak tumis bahan2 kisar tadi seketika,masukkan cili giling,masakkan sehingga rempah masak,masukkan sedikit sahaja air.

3

Kemudian masukkan daging,daun limau purut dan daun kunyit.masukkan santan dan tutup periuk biarkan daging empuk.sesekali digaul bg elak rempah hangus.

4

Setelah daging empuk masukkan garam dan gula merah secukup rasa,masukkan kerisik.gaul sebati sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing.

5

Taburkan baki daun kunyit tadi sebagai hiasan.