Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tumis Udang"


Tips

1. Pastikan tidak memasak udang terlalu lama kerana udang boleh menjadi keras.

2. Semasa menumis bahan kisar pastikan betul-betul pecah minyak kerana jika tidak, kuah sambal tumis tidak masak dengan sempurna

Ingredients

Udang, Dibersihkan 500g
Bawang Besar, Potong Nipis 1/2 biji
Serai, Dititik 1 batang
Air Asam Jawa 1/2 cawan
Sos Tiram 2 sudu besar
Bahan Untuk Dikisar
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 4 ulas
Halia 2 inci
Cili Kering, Dibuang Biji 10-12 tangkai
Bawang Besar 1 biji

Instructions

1

Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.

2

Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.

3

Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.

4

Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.

5

Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.