Back to Recipe Print

Recipe for "Easy Peasy Makaroni Bakar"


Tips

Tambah cili padi untuk yang suka pedas

Ingredients

Makaroni 150gram
Daging Kisar 100 gram
Bawang Besar 1 biji
Puri Tomato / Sos Tomato 2 sudu makan
Cili Boh 1 sudu makan
Maggi Cukup Rasa / Kiub Ayam Secukup rasa
Sos Putih
Mentega 1 sudu makan
Cheddar Cheese 1 keping
Susu Sejat 1 sudu makan dicampur secawan
Garam & Gula Secukup rasa
Tepung Jagung 1 sudu makan dicampur secawan air
Untuk Dibakar
Cheddar Cheese Tiga keping
Mozarella & Capsicum (Optional) Ikut citarasa masing masing

Instructions

1

Rebus makaroni selama 5 minit sehingga empuk. Tos kan

2

Panaskan minyak masak. Tumis cili boh dan bawang sehingga naik bau.

3

Masukkan puri / sos tomato. Kacau selama 1-2 minit. Sekiranya kering tambahkan sedikit air.

4

Masukkan gula, kiub ayam dan daging kisar. Gaul sehingga hampir masak

5

Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sekata. Guna nyalaan api perlahan atau sederhana.

1

Masukkan satu sudu mentega ke dalam kuali.

2

Ambil sekeping cheddar cheese dan siat siatkan. Masuk kan ke dalam kuali dan kacau sehingga cair.

3

Bancuh satu sudu susu sejat bersama secawan air. Tuang ke dalam kuali.

4

Bancuh tepung jagung bersama setengah cawan air dan tuang ke dalam kuali.

5

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau kesemua bahan sehingga sebati dan pekat.

Membakar makaroni

1

Koyakkan sekeping cheddar cheese untuk membuat lapisan dasar makaroni. Susun secara rawak di dalam bekas aluminium (atau bekas bakar yang lain).

2

Tuang dan susun makaroni menjadi satu lapisan atas cheese tadi.

3

Tuangkan separuh sos putih atas makaroni.

4

Koyakkan sekeping cheese dan lapiskan ke atas sos putih.

5

Tuang lebihan makaroni sehingga habis.

6

Tuang sos putih sehingga habis dan letak satu lapisan cheese lagi untuk bahagian paling atas.

7

Tambahkan mozarella dan capsicum di bahagian paling atas sebagai hiasan dan penaik bau.

8

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160 degree selama 35minit (atau sehingga keperang perangan)