Back to Recipe Print

Recipe for "Laksa Johor"


Tips

Kari kalau nak sedap, mesti goreng sampai pecah minyak.

Ingredients

Spaghetti Pasta 1 bungkus
Rempah Kari Ikan Babas 3/4 cawan
Cili Kering Kisar 1/2 cawan
Kerisik 1/2 cawan
Santan Pekat 2 cawan
Bahan Kisar
Serai 5 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
Bawang Besar 1 biji
Bahan Sampingan(Ulam)
Bunga Kantan 1 batang
Daun Kesum 5 helai
Daun Sup Seberapa banyak yang di suka
Bahan Utama
Ikan Kembung/sardin/senangin 5 ekor

Instructions

1

Rebus ikan kembung dengan asam keping. Selepas rebus, mula lah mencarik2 isi ikan sehingga hancur. Tulang buang okay. Ketepikan.

2

Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari, goreng dengan cepat sehingga pecah minyak.

3

Kemudian, masukkan cili kering, tumis sekejap. Masukkan ikan kembung & santan pekat. Lebih pekat kuah lebih sedap. Selepas 5 minit, masukkan kerisik.

4

Masak sebentar, sebelum masukkan bunga kantan dan daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula.

5

Selesai. Boleh lah dihidangkan bersama spaghetti, telur rebus, limau kasturi dan daun sup.