Back to Recipe Print

Recipe for "Kway Teow Kerang"


Tips

1. Masukkan kwayteow apabila tumisan kering untuk mengelakkan koeyteow lembik.
2. Kerang tidak perlu dimasak lama kerana ia sudah direbus sebelum dikopek isinya.

Ingredients

Isi Kerang 1/2 cawan
Kwayteow 1 bungkus
Sayur Taugeh Segenggam
Sayur Kucai Segenggam
Sos Tiram 2sb
Kicap 3sb
Cuka 1 sb
Garam & Gula Secukup rasa
Telur 1 biji
Bahan Kisar
Cili Kering Direbus 4 tangkai
Bawang Merah 2 ulas
Bawang Putih 2 ulas

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bahan kisar. Apabila mendidih masukkan sos tiram, kicap, cuka, garam & gula secukup rasa. Kacau sebati.

2

Biarkan tumisan kering/pecah minyak. Masukkan isi kerang, kacau. Masukkan kway teow & kacau lg hingga sebati.

3

Buatkan lubang ditengah kuali & pecahkan telur. Apabila separuh masak barulah dikacau menggunakan api besar.

4

Masukkan kucai & taugeh & kacau lg sehingga sayur layu.

5

Hidangkan bersama cili jeruk untuk menambah kesedapan kway teow kerang.