Back to Recipe Print

Recipe for "Bihun Goreng Taucu"


Tips

1. Masukkan sayuran seperti taugeh & sawi. Selain menambahkan seri ia juga menjadikan bihun berkhasiat.
2. Tambahkan hanya sedikit garam kerana taucu sedia masin.
3. Hati2 ketika memasukkan air, jika terlalu banyak air bihun akan lembik.

Ingredients

Bihun 1 bungkus
Telur 2 biji
Udang Kecil 1 genggam
Fishcake 2 batang
Taucu 2 sb
Sos Tiram 2sb
Kicap 2sb
Gula 2sb
Garam Sedikit
Bahan Kisar
Cili Kering Direbus 9 tangkai
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 3 ulas

Instructions

1

Rendam bihun hingga sedikit lembut & toskan air.

2

Pukul telur seperti membuat telur dadar. Panaskan sedikit minyak & masukkan telur. Kacau hingga hancur. Angkat & ketepikan.

3

Menggunakan kuali yg sama, panaskan minyak & tumis bahan kisar. Masukkan taucu, sos tiram & kicap. Masak hingga kering@pecah minyak.

4

Masukkan garam & gula. Kacau sebati. Masukkan udang & fishcake & kacau lagi.

5

Masukkan bihun & sedikit air. Kacau hingga bihun lembut. Tambah sedikit air lagi jika bihun masih keras.

6

Masukkan telur hancur & kacau sebati. Hidangkan bersama daun bawang, cili merah & bawang goreng (jika ada)