Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Ikan Merah"


Tips

1. Boleh juga masukkan terung bulat/panjang untuk menggantikan kacang bendi.
2. Tak perlu bancuh serbuk kari kerana bahan kisaran sudah ada air.

Ingredients

Isi Ikan Merah 1 ketul
Bendi 8 batang
Serbuk Kari Ikan 4sb
Santan Pekat 3/4 cawan
Air Asam Jawa Secukupnya
Garam Secukupnya
Bahan Kisar
Cili Kering Direbus 3 tangkai
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Bahan Tumisan
Bawang Merah Dihiris 2 ulas
Bawang Putih Dihiris 1 ulas
Halia Dihiris 1cm
Halba Campur 1sk
Daun Kari 1 tangkai

Instructions

1

Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih, halia & halba campur. Apabila sudah garing barulah masukkan daun kari.

2

Terus masukkan bahan kisar & serbuk kari. Masak hingga pecah minyak.

3

Masukkan air asam jawa & air secukupnya. Masukkan ikan & kacang bendi.

4

Apabila mendidih masukkan santan & masak lagi hingga mendidih. Perasakan dgn garam secukup rasa

5

Tutup api & sedia dihidang.