Back to Recipe Print

Recipe for "Udang Masak Halia"


Tips

Letak daun limau purut lagi sedap

Ingredients

Udang Semangkuk
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Serai 1 batang
Halia 1 inci
Cili Padi 5 batang
Garam Secukupnya
Serbuk Perasa Secukupnya
Minyak Masak Secukupnya
Sos Tiram 1 sudu kecil

Instructions

1

Bersihkan udang dan toskan.

2

Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Cili padi diketuk sahaja.

3

Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang dihiris tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan serai.

4

Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga sebati.

5

Masukkan udang bersama halia dan cili padi.

6

Kacau hingga udang bertukar warna dan masak.

7

Masukkan garam dan serbuk perasa. Kemudian kacau hingga sebati.

8

Siap dan boleh dihidangkan.