Back to Recipe Print

Recipe for "Sos Black Pepper"


Tips

Boleh menggunakan air rebusan ayam bagi menggantikan air jika mahu menjadikan rasa sos black pepper lebih sedap

Ingredients

Bawang Besar Holland 1 biji
Mentega 1 sudu besar
Lada Hitam 1 sudu besar
Tepung Gandum 2 sudu besar
Sos Tiram 1 sudu besar
Air 2 cawan
Sos Lada Hitam 2 sudu besar
Kicap Manis 1 sudu besar
Kiub Ayam 1 kiub
Garam Dan Gula Secukup rasa

Instructions

1

Cairkan mentega kemudian tumis bawang besar Holland (telah dikisar halus). Tidak perlu terlalu garing.

2

Tumis lada hitam (yang telah ditumbuk kasar). Tidak perlu tumis terlalu lama.

3

Masukkan tepung gandum (tidak perlu dibancuh air) ke dalam bahan tumisan. Gaul selalu.

4

Masukkan air dan kacau sentiasa sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

5

Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap ke dalam masakan. Jika terlau pekat, tambahkan air.

6

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambah kicap jika mahu menjadikan warna sos black pepper lebih gelap