Back to Recipe Print

Recipe for "Agar-Agar Kering Berperisa"


Tips

Lapikkan agar-agar dengan plastik ketika menjemurnya. Tutup agar-agar dengan kain agar bebas dari habuk dan debu.

Ingredients

Agar-Agar Bertali 37.5 gram ( 1 tahil )
Gula Pasir 1 kg
Air 2 bekas air yang ditanda
Strawberi Emulco @ Perisa Strawberi Ikut warna @ rasa
Oren Emulco @ Perisa Oren Ikut warna @ rasa
Pandan Emulco @ Perisa Pandan Ikut warna @ rasa
Pewarna Yang Sesuai Jika Menggunakan Perisa Ikut warna
Daun Pandan (Disimpul) 2 helai

Instructions

1

Langkah pertama, basuh agar-agar bertali sehingga bersih.

2

Masukkan agar-agar ini ke dalam jug air.

3

Tujuan memasukkan agar-agar ke dalam jug adalah untuk menyukat kandungan agar-agar dan jumlah air yang perlu dimasukkan.

4

Tandakan kedudukan agar-agar tersebut di jug. Contohnya jika agar-agar tersebut berada di tengah jug, tandakan kedudukan tersebut.

5

Setelah itu, tuangkan agar-agar ke dalam periuk.

6

Masukkan air sebanyak 2 kali di mana kedudukan agar-agar yang ditanda pada jug tadi.

7

Rebus agar-agar bersama air yang disukat serta daun pandan sehingga mendidih dan hancur.

8

Apabila agar-agar telah hancur semuanya, masukkan gula pasir.

9

Masak hingga mendidih dan bolehlah tutup api.

10

Setelah sejuk dan keras bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar akan mengecut selepas kering.

11

Jemur agar-agar dan sesekali balik-balikkan agar-agar supaya kering sekata.

12

Jemur sehingga seminggu dan agar-agar tidak melekat serta kering sepenuhnya.