Back to Recipe Print

Recipe for "Roti Jala & Kuah Kari Ayam"


Tips

Tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan. Jika guna non stick pan lagi senang.
Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan. Mesti sentiasa dikacau-kacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.

Ingredients

Bahan Roti Jala
Tepung Gandum 3 cawan
Air 3 1/2 cawan
Telur 1 biji
Garam 1 sudu kecil rata
Majerin - Dicairkan 1 sudu besar
Minyak - Lenser Kuali Sedikit
Perwarna Kuning Beberapa titis
Bahan Kuah Kari Ayam
Ayam - Dipotong Kecil 1/2 ekor
Bawang Putih - Tumbuk Halus 1 ulas
Bawang Merah - Tumbuk Halus 4 ulas
Garam Secukup rasa
Halia - Tumbuk Halus 1 cm
Ubi Kentang - Dipotong Dadu 3 biji
Air Secukupnya
Santan Segera 1 kotak / secukupnya
Minyak Secukupnya
Bahan Yang Perlu Dicampur (Bahan Campuran Rempah)
Rempah Kari Ayam 4 sudu besar
Serbuk Cili 2 sudu kecil
Air Asam Jawa Sedikit

Instructions

1

Untuk roti jala, Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.Panaskan kuali.

2

Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala.

3

Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan.Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.

4

Buat hingga habis. Ketepikan.

5

Untuk kuah kari ayam pula,panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah. Kacau2 & biar hingga wangi.Masukkan isi ayam dan sedikit air.

6

Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam,perasa dan masak hingga kentang empuk.

7

Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala