Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Bawal Masak Masam Manis"


Tips

Semasa memasukkan sos dan semua perasa yang lain, anda boleh merasa selapas semuanya sebati. Tambahkan 'perasa' yang kurang samada masam, manis atau masin. Setelah anda berpuas hati, barulah masukkan ikan..

Ingredients

Ikan Bawal Sederhana Besar 2 ekor
Cili Hijau 1-2 biji
Tomato 1 biji
Bawang Holland 1 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia 1 inci
Garam Dan Gula Secukup rasa
Daun Bawang Dan Daun Sup Sedikit
Tomato Dan Cili Sos Sedikit
Tiram Sos Sedikit
Garam Dan Kunyit Sedikit
Minyak Untuk Menggoreng Sedikit
Air Sedikit

Instructions

1

Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.

2

Hiris semua bahan yang perlu dihiris mengikut kreativiti masing-masing.

3

Masukkan minyak, tumis bawang holland, bawang putih, halia dan cili hijau sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato dan kacau hingga agak layu.

4

Masukkan semua sos dan gula dan hanya sedikit sahaja garam sekiranya perlu. Kerana sos tiram sudah masin. Masukkan air. Biar mendidih.

5

Akhir sekali masukkan ikan dan daun sup serta daun bawang. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.