Back to Recipe Print

Recipe for "Muthia"


Tips

Daging tidak semestinya bentuk bulat kemas. Memadai dengan kepal sahaja.

Ingredients

Bahan Untuk Bebola Daging
Daging - Dikisar 500 gram
Bawang Putih -Ditumbuk 4 ulas
Jintan Putih - Ditumbuk 1 sudu kecil
Garam - Ditumbuk Secukup rasa
Cili Kisar (Cili Kering) 2 sudu besar
Bahan Untuk Digoreng
Bawang Besar - Dihiris 1 labu
Minyak Masak 3-4 sudu besar
Bahan Untuk Kari
Minyak Masak Secukupnya
Air Secukupnya
Ubi Kentang - Dipotong 4 2 biji
Serbuk Kari Daging 2 sudu besar
Halia Kisar 1 sudu kecil
Bawang Putih Kisar 1/2 sudu besar
Garam Secukup rasa
Susu Cair 1/2 cawan
Bawang Besar - Hiris 1 labu
Kayu Manis 1 batang

Instructions

1

Kisar daging sehingga hancur dan sebati. Kemudian tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk sehingga halus.

2

Campurkan semua bahan untuk bebola daging dan sebatikan. Kepalkan sebesar limau nips. Masukkan bebola daging ke dalam kuali / periuk.

3

Tutupkan kuali / periuk dengan tudung periuk. Jangan masukkan air atau minyak. Air daging akan keluar sendiri.Buka tudung periuk & biarkan air kering.

4

Kemudian gorengkan bahan untuk digoreng sehingga bawang kehitaman. Goreng bersama bebola daging tadi.Tutup api.

5

Untuk kuah,panaskan minyak,tumis bawang besar bersama halia kisar,kayu manis dan bawang putih kisar. Masukkan serbuk kari daging dan sedikit air.

6

Tumis sehingga naik minyak,kemudian masukkan ubi kentang dan bebola daging tadi. Masukkan air fan garam.

7

Biarkan ubi kentang lembut. Apabila ubi kentang telah lembut masukkan susu cair dan biarkan ia mendidih sekejap.

8

Sedia dihidang.