Sotong Sumbat Pulut

Resepi ni saya belajar dari abang ipar saya..! Betul.. Dia pandai bab masak-masak ni. Pertama kali saya buat resepi ni, memang hancur lebur, hihi.. Sotong tak rupa rupa sotong lagi dah sebab terlebih masak. Tapi bak kata omputih, Practice Make Perfect. Cuba dan cuba sampai berjaya. . Kepada anda yang suka makan sotong, boleh cuba resepi ni. Enak dimakan begitu saja pada waktu pagi atau santai-santai petang hari.


Prep time 25 minute(s) Cook time 35 minute(s) Total time 60 minute(s) Yield 1 serving(s)

Tips

Untuk yang pertama kali cuba resepi Sotong Sumbat Pulut ni, petua untuk sotong tak pecah atau hancur semasa memasak ialah, kukus dahulu beras pulut selama 10-20minit.
,
Setelah pulut setengah masak, baru sumbat dalam perut sotong. Nanti proses masaknya tak lama, pulut kembang elok dan sotong pun nampak menyelerakan jer..
.
Selamat mencuba..! :)

Ingredients

1 kilo sotong
500 gram beras pulut
1 biji kelapa / 1 kotak santan segera santan
1 sudu teh halba
Secubit rasa garam
1 kotak pencungkil gigi

Instructions

1

Buang isi perut sotong. Basuh bersih sotong dan kepala sotong.
*Jangan potong atau siang sotong yer.. Dah bersih, toskan sebentar.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

2

Basuh beras pulut bersih-bersih. Toskan dalam tapis.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

3

Ambil sotong tadi dan sumbat beras pulut dalam perut sotong. Jangan padat sangat.
Sumbat separuh penuh kerana apabila dimasak, pulut akan mengenbang.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

4

Setelah siap, ambil pemcungkil gigi dan cucukkan kepala sotong ke bahagian sumbatan tadi. Ini untuk mengelakkan pulut dari terkeluar semasa memasak.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

5

Masukkan sotong ke dalam periuk dan tuangkan santan sehingga menenggelamkan sotong. Atau lebih tepat, paras santan sama paras sotong dalam periuk.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

6
Letakkan halba jika suka dan secubit garam ikut rasa.
Masak atas dapur sehingga santan kering atau anggaran pulut sudah masak.
Siap.

Letakkan halba jika suka dan secubit garam ikut rasa.
Masak atas dapur sehingga santan kering atau anggaran pulut sudah masak.
Siap.

0 Comment(s)

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Recooks

Try recook this recipe and share with the owner and us

CookThis

Comment

No comment yet. Be the first.

You must login/register to comment

Follow and Like Us

in social media