Tepung Gandum | 2 cawan |
Gula | 8-9 sudu besar |
Telur | 2 biji |
Santan Pekat | 1 cawan |
Air | 2 cawan |
Garam | Secubit |
Blendkan kesemua bahan di atas sehingga sebati.
Griskan loyang dengan mentega. Panaskan oven dan masukkan loyang tadi. Biarkan mentega cair.
Tapiskan bahan yang diblend tadi ke dalam loyang.Dan bakar selama sejam dengan suhu 180 darjah celcius. Gunakan api atas & bawah.
Kalau mahu kulit atasnya agak keperangan,setelah cukup sejam,gunakan api atas sahaja.
Potong ketika ia sudah sejuk.Sedia dihidangkan.