Back to Recipe Print

Recipe for "Fish And Chips"


Tips

Jangan menggoreng kentang dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Ini kerana suhu kentang yang sejuk akan menyejukkan minyak. Minyak yang sejuk menyebabkan kentang menyerap minyak & tidak garing.

Ingredients

Bahan Ikan
Filet Ikan Sutchi / Dory 1 keping
Tepung Goreng Serbaguna 3 cmb
Tepung Beras 1 cmb
Tepung Gandum Berserbuk Penaik 1 cmb
Air 1/2 cawan
Bahan Kentang
Crinkle Cut French Fries 100 g
Bahan Salad
Sayur Campur Sejuk Beku 2 cmb
Mayonis 1 cmb

Instructions

1

Campurkan semua jenis tepung, gaul rata. Campurkan air sedikit demi sedikit hingga adunan rata & pekat seperti adunan menggoreng pisang.

2

Filet ikan dipotong dua. Jika hendak menggunakan sekeping terus juga boleh tetapi pastikan digoreng menggunakan kuali yang besar.

3

Celup filet ikan ke dalam adunan tepung rata-rata. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.

4

Angkat & toskan apabila telah berwarna kekuningan.

1

Keluarkan crinkle cut french fries daripada peti ais. Biarkan sebentar di suhu bilik.

2

Pastikan minyak telah panas sebelum menggoreng kentang supaya tidak menyerap minyak.

3

Apabila telah garing angkat & toskan.

1

Rendam sayur campur sejuk beku di dalam air panas untuk melembutkannya.

2

Gaulkan bersama mayonis. Simpan di dalam peti sejuk supaya ia segar.

3

Untuk menghidang susun filet ikan, kentang goreng & salad di dalam pinggan.

4

Hidang bersama potongan lemon, sos & mayonis kegemaran.