Back to Recipe Print

Recipe for "Ayam Sambal Masak Pedas"


Tips

Cuci ayam dengan tepung gandum.

Tambahkan serai untuk sambal yang lebih wangi.

Tambahkan hirisan bawang holland.

Ingredients

Ayam 1 ekor
Kunyit 3 sudu besar
Garam Secukup rasa
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Bawang Merah (Besar) 2 biji
Bawang Putih 3-5 ulas
Halia Sebesar jari kelingking (jika mahu)
Cili Api Mengikut kesesuaian dan kesukaan
Bawang Holland 1 biji dan dihiris
Serai Diketuk

Instructions

1

Siang dan cuci 1 ekor ayam. Cuci dengan tepung sehingga hilang lendir dan kotoran.

2

Lumurkan ayam tersebut dengan serbuk kunyit secukup rasa.

3

Panaskan kuali dan tuangkan minyak secukupnya.

4

Masukkan ayam tersebut ke dalan minyak panas. Pastikan minyak benar-benar panas untuk mengelakkan ayam daripada melekat.

5

Ayam yang digoreng pastikan tidak terlalu garing, dan ketepikan.

6

Cili api, bawang merah, bawang putih, halia dan kisar sehingga lumat.

7

Panaskan kuali dan minyak dan tumis bahan yang di kisar bersama beberapa batang serai yang telah diketuk.

8

Pastikan bahan sambal yang ditumis benar-benar masak.

9

Setelah hampir 10 minit menumis dengan kadar api yang sederhana, masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam sambal tumis.

10

Teruskan menumis sehingga pecah minyak.

11

Kemudian, masukkan garam, bahan perasa dan gula secukupnya.

12

Gaul sehingga sebati dan masukkan ayam yang digoreng tadi.

13

Masukkan hirisan bawang holland kedalam kuali. Tutupkan api dan hidangkan lauk bersama nasi panas. Selamat mencuba!