Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Merah Masak Sambal"


Tips

Boleh letak 1 keping asam keping kalau sukakan masam

Ingredients

Ikan Merah 2 keping
Cili Giling 1 senduk
Sos Cili 2 sudu
Sos Tiram 2 sudu
Bawang Merah (Hiris) 4 biji
Bawang Putih (Hiris) 2 biji
Halia 1/2 inci
Sayuran - Lada Benggala, Bunga Kobis Dan Tomato Secukupnya
Lada Merah 1 biji
Kiub Ikan Bilis Optional
Kicap Manis 2 sudu besar
Kunyit 2 sudu besar

Instructions

1

Lumur ikan dengan kunyit dan sedikit garam

2

Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga ranggup dan ketepikan

3

Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tunggu sehingga kekuningan dan naik bau

4

Masukkan cili giling dan tunggu sehingga pecah minyak

5

Letakkan sos cili, sos tiram dan sos kicap manis dan kacau sehingga sebati

6

Lepas tu terus masukkan tomato dan sayur-sayuran lain

7

Tambahkan gula dan garam dan boleh tambahkan kiub ikan bilis jika perlu

8

Selepas kuah sudah cukup rasa masukkan ikan dan taburkan lada merah dan sedia untuk dimakan. Siap ✌