Selepas ikan disiang dan dibersihkan, cuba lumurkan ikan dengan beberapa sudu makan tepung gandum atau tepung beras. Perapkan selama 10-15 minit sebelum dibilas bersih.
Jika tiada stok tepung, cuba lumurkan ikan tadi dengan perahan air limau nipis selama beberapa minit. Selain limau nipis, asam jawa juga boleh digunakan sebagai bahan ganti. Cuci atau bersihkan hingga bersih dan masaklah seperti biasa.