Memang enak menikmati ayam goreng yang masih panas. Tetapi, selera kita pasti terbantut sekiranya ayam tersebut berbau hanyir dan tidak rangup. Untuk itu, pastikan ayam dibasuh bersih dengan menggunakan asam jawa. Setelah dibilas dengan bersih, ayam disapu dengan air perahan limau nipis dan toskan seketika. Kemudian, perahkan pula sebiji limau kasturi sebelum diletakkan kunyit dan garam. Barulah digoreng sehingga masak.
Selamat Mencuba !