Cara Hilangkan Biji Cili Kering Apabila Dikisar

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Saljuarissa.com
Description

Untuk cili kering, selalunya agak sukar untuk kita buangkan bijinya. Ikut cara masing-masing. Sekiranya anda rajin, anda perlu membelah dua setiap satu biji cili tadi. Kemudian anda buangkan semua biji dibahagian tengah.

Kaedah lain, anda rendamkan cili tadi didalam air panas atau air biasa untuk seketika. Kemudian anda keratkan cili tadi kepada beberapa bahagian. Apabila anda basuh, sudah tentu sebahagian biji cili tadi akan keluar. Ambil cili yang telah siap ditapis , masukkan ke dalam pengisar dan tambahkan SEDIKIT MINYAK dan SEDIKIT GARAM. Anda akan dapati biji tadi hampir tiada atau memang tiada selepas anda mesin.

Walaupun begitu, bergantung kepada jenis pengisar yang anda gunakan. Ada pengisar yang memang anda dapat lumatkan biji cili dengan mudah apabila anda mengisar.

Selamat mencuba.. :)


Follow and Like Us

in social media