Biasanya bila makan petai, akan keluarlah bau yang kuat atau kurang menyenangkan.
Untuk mengatasi masalah ini, petai yang telah dibuang kulit dan dibelah hendaklah direndam seketika selama 10 ke 15 minit di dalam air kapur.
Selepas dibasuh, bolehlah dimasak atau dimakan seperti biasa.
InshaALLAH, bau petai akan berkurangan.