Selalunya saya goreng ayam menggunakan tepung dalam paket yang dijual di pasar raya. Tetapi selalunya tepung ayam goreng itu tidak rangup selepas digoreng (saya penggemar ayam goreng yang tepungnya rangup). Jadi saya cuba menambah tepung jagung ke dalam tepung paket tersebut dan tepung ayam goreng tersebut akan menjadi lebih rangup.