1. Kisar cili kering dan bawang untuk dijadikan stok dah disimpan di dalam peti sejuk. Mudah untuk membuat goreng2an, mee kuah & sambal tumis.
2. Siang & bersihkan ikan/udang/daging & simpan di dalam bekas kecil untuk sekali masak. Tidak perlu menyahbekukan semua yg dibeli. Ini akan menjadikan ikan tidak segar kerana dinyahbeku & dibekukan semula.
3. Sekiranya membeli bahan2 basah seperti halia, lengkuas dlm kuantiti yg banyak, untuk mengelakkannya busuk, kisar & masukkan dlm bekas kecil, bekukan. Boleh dijadikan stok untuk memasak pd masa akan datang.