Kekacang bendi seringkali menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sangat biasa direbus mahupun digoreng. Jika kita memilih bendi yang tua pasti masakan kita kurang menyerlah dan bendi tersebut liat serta sukar dikunyah. Ikuti tips ini untuk memilih bendi.
Sekiranya bendi dijual secara rambang, anda boleh memilih satu persatu bendi. Patahkan mucung bendi tersebut. Sekiranya ianya mudah dipatahkan, itu bermakna bendi tersebut dalam keadaan yang sedang elok dan sesuai untuk apa jua jenis masakan!