Sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi. Selepas itu, rendam kacang dalam air lebih kurang 2 jam supaya kacang cepat kembang dna lebih cepat dimasak. Untuk memekatkan bubur kacang, masukkan sedikit biji sagu, pasti bubur kacang akan lebih enak.