LetsMasak Review Contest 2015

Status Contest: Pending
45/100 reviews
  1. Untuk layak menjadi seorang peserta yang sah dalam pertandingan ini, anda mestilah:
    • Merupakan seorang rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan bangsa.
    • Anda mempunyai sebuah blog yang masih aktif mahupun sudah lama tidak aktif. Sekiranya anda tidak mempunyai blog, anda dibenarkan untuk mewujudkan sebuah blog baru bagi tujuan menyertai pertandingan ini.
    • Mendaftar di LetsMasak dan mencapai progress sebanyak 50%.
  2. Tempoh pertandingan selama 2 bulan mula dikira dari apabila sebaik sahaja pertandingan ini berjaya mengumpulkan sebanyak 100 orang peserta yang sah memenuhi semua kriteria di atas. Email notifikasi akan dihantar ke email semua peserta. Tiada waktu yang dihadkan bagi sepanjang proses untuk mendapatkan 100 peserta yang sah tersebut justeru tiada tarikh yang ditetapkan bilakah pertandingan ini akan berakhir.
  3. Pihak penganjur berhak untuk menggugurkan mana-mana penyertaan sekiranya peserta itu didapati melanggar sebarang syarat-syarat yang ditetapkan atau menggunakan sebarang teknik yang mempunyai unsur-unsur penipuan seperti menggunakan bot untuk mendapatkan jumlah pendaftaran yang tinggi.
  4. Sebanyak lima pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah progress yang dikumpul oleh ahli-ahli yang dirujuk (referred) oleh setiap peserta.

    Contoh:

    • Peserta A berjaya merujuk sebanyak 50 orang ahli mendaftar di LetsMasak. Sebanyak 50 orang ahli mencapai progress 20%. Oleh itu jumlah progress terkumpul adalah sebanyak 1000%.
    • Peserta B berjaya merujuk sebanyak 30 orang ahli mendaftar di LetsMasak dan kesemuanya berjaya mencapai progress 100% dan 20 orang ahli lagi dapat mencapai progress 20%. Oleh itu jumlah progress terkumpul adalah sebanyak 3400%.
    • Oleh itu, pemenang adalah Peserta B.
    • Rujuk perkiraan di bawah:

      Peserta A :

      50 ahli x 20% = 1000%

      Jumlah ahli = 50
      Jumlah progress = 1000%

      Peserta B :

      30 ahli x 100% = 3000%
      20 ahli x 20% = 400%

      Jumlah ahli = 50
      Jumlah progress = 3400%

      Pemenang : Peserta B (3400%)

    • Lebih ramai ahli yang anda dapat, lebih tinggi peluang anda untuk menang. Kumpul seberapa banyak ahli yang boleh.
  5. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

    1. Tempat pertama: iPhone 6 Plus 64Gb
    2. Tempat kedua: Wang tunai RM500
    3. Tempat ketiga: Wang tunai RM400
    4. Tempat keempat: Wang tunai RM300
    5. Tempat kelima: Wang tunai RM200

Langkah 1

Daftar dengan LetsMasak di http://letsmasak.com/register

Langkah 2

Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 50% progress sebelum hantar review anda. Sila rujuk gambar di bawah:

Langkah 3

Menulis entri review tentang LetsMasak di blog anda. Pengisian entri mestilah meliputi aspek-aspek berikut:

  • Menggunakan tajuk entri yang kreatif dan bersesuaian dengan pertandingan ini.
  • Entri tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
  • Menceritakan tentang bagaimana LetsMasak dapat membantu orang ramai untuk berkongsi resipi dengan cara yang lebih menarik dan bagaimana juga LetsMasak Rewards System dapat membantu menjana pendapatan.
  • Meletakkan sekurang-kurangnya satu backlink (Referral Link) kepada LetsMasak.
  • Meletakkan sekurang-kurangnya satu backlink kepada rakan penganjur bersama bagi pertandingan ini iaitu Hai Blogger! dengan menggunakan url berikut: http://www.haiblogger.com
  • Menggunakan Banner Referral Link yang diberikan (rujuk di bawah sekali) supaya lebih menarik untuk dapatkan keahlian baru bagi LetsMasak.
  • Diakhir entry review anda, sertakan sekali bersama ayat:

    "Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com"

Langkah 4

Ahli yang daftar di bawah anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 20% untuk layak dikira sebagai referral. Lebih banyak ahli yang mendaftar di bawah anda, lebih tinggi peluang untuk menang. Referral Link ini boleh didapati di bawah sekali atau anda boleh dapatkan di Dashboard (http://letsmasak.com/user/dashboard) dan klik butang Info. Pastikan anda log masuk terlebih dahulu.

Langkah 5

Teruskan mengajak rakan-rakan anda untuk menjadi pengguna yang aktif di LetsMasak dengan berkongsi entri blog anda di laman-laman sosial, email dan sebagainya.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua yang bakal menyertai pertandingan ini. Barangkali mungkin kelihatan agak sukar untuk memenangi pertandingan ini dan memiliki iPhone 6 Plus 64gb tetapi tidak kepada anda yang mempunyai kesungguhan.

Dengan segala features yang mantap pada iPhone 6 Plus tambah pula dengan screen yang lebih besar, sudah tentunya dapat membantu anda untuk menambah kualiti menguruskan blog dengan lebih baik.

Teruskan berusaha sehingga anda mengecapi kejayaan. Selamat berjaya!

Sila log masuk/daftar terlebih dahulu untuk dapatkan Referral Link anda

Anda perlu log masuk/daftar terlebih dahulu sebelum dapat hantar Review anda.

Follow and Like Us

in social media