Ada kala suri rumah berdepan masalah menghilangkan kesan hangus pada periuk. Usah bimbang kerana ada cara mudah menyelesaikannya.
Masukkan sedikit serbuk penaik bersama air ke dalam periuk yang hangus. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan periuk seperti biasa dan periuk akan kembali bersih berkilat.