Sambal adalah makanan wajib bagi mereka yang sukakan rasa pedas. Malah penyediaan sambal agak mudah. Tetapi sambal juga boleh menyebabkan anda mengalami sakit perut yang berpanjangan.
Untuk mendapatkan sambal yang bagus ialah:
1. Basuh bersih cili yang ingin digunakan. Sekiranya menggunakan cli kering, tetap perlu dibersihkan dengan rapi.
2. Buang biji cili supaya biji-biji ini tidak mengganggu proses penghadaman.
3. Masak cili dengan sebetulnya. Pastikan cili sudah masak barulah sedia untuk dihidang.
4. Jika suka memakan cili sebagai ulam, pastikan ianya sudah betul-betul bersih. Sama juga dengan membuat sambal belacan.
5. Gunakan perahan limau nipis sebagai pensteril kepada semua cili-cili ini. Limau nipis dapat menghapuskan bakteria dan mengembalikan pencernaan yang betul.