Menghilangkan Kesan Kuning Kunyit Pada Kulit, Pakaian Dan Alatan Dapur

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Norsheilasalleh
Description

Pernah pakaian anda terkena kunyit dan bertukar menjadi warna kuning? Selain itu juga warna kuning dari kunyit juga sering terdapat pada alat perkakasan dapur dan jari anda apabila memasak. Berikut adalah beberapa idea bagaimana untuk mengeluarkannya.


Ingredients

  • Soda bikarbonat
  • Minyak zaitun
  • Minyak kastor
  • Sabun
  • Cuka 
  • Lemon
  • Air


Instructions

1) Buat pes soda bikarbonat dan air. Rendam noda kotoran dalam campuran semalaman dan kemudian cuci seperti biasa.
2) Jika kotoran kunyit pada baju masih baru, anda boleh cuba untuk membersihkan dengan pencuci pakaian dengan cepat dan jemur di bawah sinar matahari terik. Ia boleh mengurangkan warna kotoran kuning pada pakaian anda.
3) Pada kulit : Cuba sapukan minyak seperti minyak zaitun atau minyak kastor pada kulit anda dan menggosok dengan kain lembap. Anda juga boleh cuba menggunakan astringen berasaskan alkohol yang sederhana di kawasan yang terkena kuning kunyit. Jika ia tidak mahu hilang, anda perlu menggosok tempat yang terkena kunyit dengan minyak dan kesan degil akan hilang dalam beberapa hari.
4) Sabun, cuka, dan lemon merupakan gabungan yang kuat untuk mengeluarkan kotoran kunyit dari pakaian. Gunakan sabun  terus pada noda kotoran di dalam air sejuk dan rendam selama kira-kira 30 minit. Tambah sedikit cuka dan bersihkan noda yang suda pudar dengan tuala yang kering. Sapukan lemon yang dipotong pada noda. Jemur pakaian di bawah cahaya matahari selama sejam dan kemudian basuh seperti biasa. Jangan letakkan di dalam mesin pengering sebelum noda hilang.


Follow and Like Us

in social media