Persiapan :
Baca terlebih dahulu dan pelajari dengan cermat isi resepinya. Sediakan semua bahan yang akan digunakan dan sukat mengikut sukatan yang tepat tanpa dilebihkan atau dikurangkan.
Sediakan alatan yang akan digunakan, dan pastikan alatan tersebut dalam keadaan yang bersih dan kering.
Ketepatan Dan Komposisi Bahan Yang Tepat :
Secara umumnya, bahulu gulung dibuat dari kuning telur yang banyak agar hasilnya menjadi lembut dan lebih mudah digulung. Perhatikan penggunaan tepung, jangan terlebih banyak. Biasanya, pada resepi ada penambahan tepung maizena agar baulu gulung menjadi lebih lembut
Loyang Dan Acuan :
Loyang disapu dahulu dengan mentega dan acuan dialas dengan kertas minyak yang ukurannya sama dengan lebar acuan. Baulu akan bergelombang dan tidak rata jika ukuran kertas minyak lebih lebar daripada lebar acuan.
Ketika Membakar Kek :
Panaskan terlebih dahulu ketuhar,maksima 20 minit sebelum ketuhar digunakan. Suhu ketuhar yang tinggi diperlukan ketika hendak membakar bahulu. Suhu ketuhar tidak kurang dari 200c. Bahulu tidak memakan masa yang lama untuk masak.
Waktu yang diperlukan untuk membakar tidak boleh lebih dari 20 minit. Terlalu lama di bakar boleh menyebabkan bahulu kering dan tidak cantik apabila digulung.
Jangan bakar bahulu dalam kuantiti yang banyak, hal ini boleh menyebabkan tidak semua bahulu masak dengan sempurna kerana panas ketuhar tidak serata.
Penggulungan
Gulung bahulu ketika masih panas atau setelah agak sejuk. Jika anda menggunakan krim sebagai isi, sebaiknya digulung setelah agak sejuk.
Jika anda mahu menggulungnya ketika panas, gulung sahaja terlebih dahulu tanpa isi.Setelah agak sejuk barulah anda buka perlahan-lahan, kemudian sapu krim atau jem.
Setelah siap digulung, hendaklah dibungkus dengan kertas minyak rapat-rapat.