Agar-agar yang dibentuk menggunakan acuan kadangkala sukar untuk dikeluarkan hingga terpaksa dicungkil hingga pecah dan hilang bentuk. Untuk mengelakkan hal tersebut, bilas acuan dengan air sebelum menuang adunan agar-agar di dalamnya untuk disejukkan. Hasilnya agar-agar akan mudah dikeluarkan berbanding menggunakan acuan yang kering.