Jika anda menyimpan bubur ayam yang dimasak dalam peti sejuk atau di bawah penutup makanan dengan niat mahu menyambung makan beberapa jam kemudian atau keesokan hari, anda akan mendapati bubur tersebut mengeras atau dalam keadaan hampir pejal semula.
Jadi, didihkan semula bubur tersebut dan masukkan air sedikit demi sedikit agar tekstur bubur ayam dapat diperolehi semula :) Penambahan garam juga diperlukan tetapi dalam kuantiti sedikit, secukup rasa .
Anda juga boleh menambah carikan ayam rebus, lobak merah rebus atau apa sahaja ke dalam bubur tersebut sebagai tambahan.