Okay laah uols .. I ada beberapa tips untuk uols mempraktikkan di dapur yee . Keselamatan di dapur ni penting you... Jangan endah tak endah yee . Penting tau .... Okay here we goooo ...
1. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan. 2. Selalu pastikan sistem pengudaraan adalah bagus semasa sedang memasak. 3. Dapur / Stove diletakkan agak tinggi dari silinder gas. 4. Pastikan jarak antara silinder gas dan dapur sekurang-kurangnya 1.0-1.5 meter. 5. Jangan letakkan silinder gas di ruang yang tiada sistem pengudaraan yang baik. 6. Jika ada bau aneh dari silinder gas dan jika ada serangga di alat-atur (regulator) bermaksud ada kebocoran pada gas. 7. Turn off / matikan semua punca bahan api dan jangan gunakan atau kendalikan barangan elektrik jika ada bau yang keluar dari kebocoran gas. 8. Jika ada kebocoran gas, sila hubungi PETRONAS Mesralink 1 300 888 181. 9. Jika ada kebakaran, sila hubungi Fire & Rescue Department of Malaysia (BOMBA) di talian 999. 10. Pastikan kedudukan silinder gas diletakkan menegak. 11. Nyalakan api sebelum menghidupkan dapur/stove. 12. Pastikan anda menggunakan gas regulator dan hos yang mendapat kelulusan Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) sahaja. 13. Anda digalakkan menukar gas regulator 5 tahun sekali dan hos setiap 2 tahun sekali. 14. Gunakan air sabun untuk memeriksa kebocoran gas. Jika terdapat buih, ini bermakna ada kebocoran. 15. Selalu lakukan pemeriksaan pada gas regulator dan hos dari semasa ke semasa. 16. Switch off / matikan dapur/stove dan tanggalkan gas regulator valve jika tidak digunakan.