Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia bakery, dalam membuat muffin terdapat resepi yang menggunakan minyak sayuran dan ada juga yang menggunakan shortening. Apa bezanya?
Kebiasaanya, struktur muffin selepas dibakar yang membezakannya. Jika anda menggunakan shortening, muffin anda akan lebih rapuh dan lembut. Manakala muffin berasaskan minyak menghasilkan muffin yang sedikit lembab.
Teknik folded (kaup sedikit) juga amat penting ketika mengadun bahan-bahan muffin jika tidak, muffin akan terbantut!