Tips Agar Pastri Rapuh & Tidak Keras

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
hawanashamud
Description

Pastri rapuh biasanya digunakan untuk membuat kulit tart (Tart Nenas, Tart Kelapa, Tart Keju, Tart Telur dsb), kulit pai (Pai Ayam, Quiche Lorraine dsb) atau kulit Karipap & Sardin Gulung. Beberapa tips agar pastri kekal rapuh & tidak keras atau liat :
1. Semua alatan & bahan seperti mentega & susu mestilah dalam keadaan sejuk, seelok-eloknya disimpan di dalam peti ais & hanya dikeluarkan apabila hendak mula mengadun. Ini kerana suhu panas akan menyebabkan lemak mencair & menjadikan pastri liat.
2. Gunakan hujung jari untuk mengadun & bukan tapak tangan. Hujung jari mempunyai suhu yang lebih rendah dari tapak tangan.
3. Gaul ramas adunan hingga menjadi serbuk roti secara meninggi untuk memasukkan seberapa banyak udara. Udara yang banyak akan meringankan pastri.
4. Elakkan pastri dari diuli, ditarik atau diterbalikkan. Adun bahan secara minima sekadar meratakan adunan.
5. Pastikan suhu ketuhar cukup panas sebelum membakar pastri.


Follow and Like Us

in social media