'Apa bau hangit ni bawang?' Kata makcik Kiah kepada Cik Bawang.
Alamakk, nasi aku hangit !
Siapa pernah terjadi situasi ini dalam kehidupan seharian?kehkehekeh
Pada makcik-makcik di luar sana atau akak-akak yang baru nak belajar masak nasi atau alahai terjak beborak pulak dengan jiran sebelah rumah, jangan lah risau kalau nanti cik abang balik makan tengahari nasi belauk, nasi takda makan lauk sahaja.
haaa mai sini cek nak habaq kalau dah tersedar nasi hangit, cepat-cepatlah tutup terus api dapur tu.
Ada dua (2) petua untuk nasi hangit yang cik bawang tahu iaitu :
Cara-caranya ;
1.Cili merah
Ambil 2 atau 3 biji cili merah dan masukkan cili ke dalam nasi yang hangit tersebut dan tutup periuk nasi. Buka api dapur dalam keadaan kecil sahaja dan biarkan dalam beberapa minit. Buka tudung periuk, angkat periuk nasi dan tempatkan di suhu biasa . Insya Allah bau nasi yang hangit tadi akan berkurangan dengan adanya cili merah tersebut. Pada yang citarasanya yang suka pedas. cili itu juga boleh dibuat ulam :D
2. Roti dan daun pandan
Cara ini juga sama hanya letakkan 3 atau 3 potong roti kosong diatas nasi yang hangit tersebut. Biarkan seketika dan angkat roti tersebut seterusnya sumbatkan daun pandan yang telah dipintal ke dalam nasi. Biarkan. Serta merta bau hangit nasi tersebut akan hilang disedut oleh roti tersebut. Fungsi daun pandan pula bagi memberikan bau wangi pada nasi itu. Cubalah insyaa Allah jangan dibuang nasi yang hangit tersebut, iannya boleh di adjust sedikit dan boleh dimakan. Elakkan pembaziran ye :D
thank you sudi membaca ! adioss..