Nasi yang berbau hangit sangat tidak menyelerakan bila dimakan. Jika semasa memasak menggunakan dapur arang / dapur gas, nasi menjadi hangit, jangan dibimbangkan. Ada kaedah untuk menghilangkan bau hangit tersebut. Caranya adalah dengan menyusun roti sandwich kepada keseluruhan permukaan nasi yang hangit di dalam periuk dan panaskan pada api yang sangat kecil. Insya Allah bau hangit akan diserap oleh roti. Roti yang telah digunakan jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membuat hidangan lain seperti 'bread butter pudding'.
Roti sandwich
Susun roti sandwich pada keseluruhan permukaan nasi yang hangit di dalam periuk.
Panaskan pada api yang sangat kecil sehingga semua bau diserap roti.