Sekiranya bekalan elektrik tiba-tiba terputus dan peti ais tidak dapat digunakan, ikan boleh digaul dengan nasi sejuk dan garam untuk mengelakkan ianya daripada busuk. Cara ini berkesan sekurang-kurangnya untuk satu hari. Jangan lupa untuk membersihkan ikan yang telah dilumur dengan nasi sejuk dan garam sebelum memasaknya.