Bagi anda yang menyukai daging sudah tentu pernah merasai kelazatan daging yang satu ini. Di sebalik keenakannya, daging rusa baik untuk anda yang sedang berdiet. Kadar kolestrol yang terkandung padanya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan daging lain. Selain itu, ia juga turut memiliki omega 3 yang berfungsi melancarkan peredaan darah. Apa kata selepas ini jangan lupa memasukkan daging rusa ke dalam menu anda.