Petua Memasak Agar-Agar Supaya Cukup Lembut Dan Manisnya.

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Eyma Balkish
Description

Untuk mendapatkan agar-agar yang lembut seperti yang dikehendaki adalah amat sukar. Hal ini kerana apabila ianya telah mengeras, semuanya sudah terlambat dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Di sini ada petua untuk mendapatkan agar-agar yang lembut dan mempunyai rasa manis yang dikehendaki. Seperti yang kita tahu, agar-agar apabila telah mengeras, akan berubah rasanya dan ini amat membimbangkan.

Caranya amat mudah iaitu apabila agar-agar telah mendidih dan sedia untuk disejukkan, sudukan sedikit agar-agar yang masih panas dengan menggunakan sudu logam. Masukkan sudu yang berisi agar-agar itu ke dalam peti sejuk ditempat beku. Biarkan sehingga agar-agar keras dan jangan sampai beku.

Apabila ianya telah keras dan sejuk, keluarkan dan rasa agar-agar tersebut. Kita akan dapat mengetahui sama ada agar-agar itu keras atau lembut. Selain itu, kita juga dapat mengetahui rasanya sama ada kurang manis atau terlajak manis.

Jika masih keras, kita boleh tambahkan air masak ke dalam agar-agar supaya ianya lembut seperti yang dikehendaki. Gula juga boleh ditambah jika kurang manis. Oleh itu, tiada masalah lagi dalam memasak agar-agar. Kita boleh mengetahui keadaannya sebelum ianya sejuk sepenuhnya. Selamat Mencuba.


Follow and Like Us

in social media