Bawang Goreng Rangup (Homemade Crispy Fried Shallots)

Share this tips (referral link included)

Facebook Twitter Google+ Pinterest Whatsapp

Direct link
Added by
Haslina Rameli
Description

Kadang-kadang kita ingin menggunakan bawang goreng sebagai pelengkap hidangan kita. Seringkali kita hanya memerlukannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tetapi bawang goreng yang dijual dalam kuantiti yang banyak dan sudah beberapa hari disediakan sebelum dipasarkan. Apa kata kita menyediakan sendiri bawang goreng di rumah? Ia pastinya lebih segar dan kita boleh mengawal kuantiti yg kita inginkan. Cara untuk menghasilkan bawang goreng yang rangup dan sedap adalah dengan menggunakan bawang kecil ataupun shallots kerana ianya lebih manis dan bawang putih yg dipotong senipis mungkin. Kemudian, ceraikan potongan bawang tersebut agar terpisah antara satu sama lain (supaya cepat garing dan lebih rangup). Pastikan minyak betul-betul panas. Sebelum menggoreng, gaulkan sedikit garam dengan hirisan bawling tersebut (supaya air dari bawang mudah keluar dan lebih cepat garing serta garingnya sekata). Toskan minyak berlebihan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba.


Follow and Like Us

in social media